BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

Khamis, 11 Februari 2010

perkembangan Twitter




Jika kebanyakan laman sosial yang lain menggunakan istilah friends (kawan) bagi merujuk kenalan dalam laman, Twitter membahagikan kenalan dengan dua istilah iaitu followers (pengikut) dan following (orang yang kita ikut).
JIKA anda ingin mengetahui apakah perkataan yang paling popular pada tahun ini, topik artikel ini adalah jawapannya. Menurut Global Language Monitor, perkataan Twitter paling banyak digunakan di seluruh dunia pada tahun ini mengalahkan perkataan Obama dan H1N1.
Meskipun penggunaannya di Malaysia belum cukup meluas, namun Twitter yang merujuk kepada satu media rangkaian sosial atau perkhidmatan menulis blog mikro sudah menjadi fenomena di dunia.







Twitter mula dicipta oleh Jack Dorsey pada 2006. Tahun demi tahun, popularitinya meningkat dan ia mula menyaingi pesaingnya. Nielsen.com pernah melaporkan Twitter merupakan laman Internet yang paling pantas berkembang (bagi kategori laman komuniti) dengan peratusan kenaikan bulanannya 1,382 peratus, diikuti Zimbio 240 peratus dan Facebook 228 peratus.
Twitter meledak bagaikan satu letusan. Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, daripada seramai 500,000 pengunjung pada Februari 2008, ia melonjak sehingga 23 juta pada Julai tahun ini.
DI Jepun, Twitter versi bahasa Jepun untuk telefon bimbit turut dihasilkan.


Selebriti

Digunakan oleh selebriti dan ahli politik berpengaruh dunia seperti Barack Obama, Lance Armstrong, Oprah Winfrey, Demi Moore dan Ashton Kutcher, ia sedikit sebanyak meningkatkan popularitinya.
Bukan sekadar menjadi medan untuk berkawan atau mencari kenalan baru, ia juga digunakan sebagai medium untuk mendapatkan informasi dan menjadi alat untuk pelbagai perkara. Twitter digunakan sebagai alat publisiti dalam pilihan raya Presiden AS 2008, digunakan oleh para pemprotes pilihan raya Presiden Iran 2009, digunakan untuk mengemas kini perkembangan wabak H1N1 dan memberi maklumat tentang serangan di Mumbai, India.
Kegilaan terhadapnya juga telah menyebabkan beberapa syarikat tampil dengan gajet khas melayari Twitter seperti TwitterPeek keluaran syarikat gajet digital Peek. Di Jepun, Twitter versi bahasa Jepun untuk telefon bimbit turut dihasilkan.



SHAFIQUE teruja berbicara tentang Twitter ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.
Twitter secara asasnya digunakan untuk mengemas kini status pengguna. Dengan pertanyaan what's happenning?, anda boleh memberitahu semua orang apa yang sedang anda lakukan atau apa yang sedang berlaku. Ia bukan terhad kepada rakan anda sahaja. Sebab itulah, ada yang menyifatkannya sebagai kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) ke seluruh dunia, jika mereka mahu membacanya.
Sebaik sahaja mendaftar sebagai pengguna Twitter, anda boleh menulis mesej yang dinamakan tweet. Setiap tweet hanya membolehkan anda menulis mesej ringkas sehingga 140 aksara.
Penulis buku, Alain de Button menyifatkan: "Menerima tweet ibarat seorang rakan sedang berbisik sesuatu ke telinga anda. Twitter bagai satu cara untuk anda memastikan yang anda terus berhubung dengan seseorang dan seseorang akan kekal bersama anda."
Pengasas bersama ImageShack, Jack Levin pula menggelar Twitter sebagai hibrid mesej segera (instant messenger) dan e-mel.



Followers dan Following

Di Malaysia, Twitter sudah mula meraih perhatian terutamanya sejak awal tahun ini. Simbol burung comel pada Twitter juga sudah semakin banyak dilihat terutamanya di laman-laman iklan.
Jika kebanyakan laman sosial yang lain menggunakan istilah friends (kawan) bagi merujuk kenalan dalam laman, Twitter membahagikan kenalan dengan dua istilah iaitu followers (pengikut) dan following (orang yang kita ikut).
PENGGUNA juga boleh mengetahui topik yang banyak diperkatakan orang menerusi Twitter dan mengirim gambar menerusi Twitpic.
Seorang blogger yang mula menggilai Twitter, Shafique Shuib, 23, menjelaskan, pengikut ialah individu-individu yang berminat untuk mengikuti perkembangan kita dan kita sanggup berkongsi maklumat dengan mereka. Tetapi, kita tidak memerlukan maklumat daripada diri mereka.
"Following pula ialah orang yang kita ingin mengikuti tentangnya. Maka, tweet yang dia tulis akan dikirimkan kepada kita dan tertera pada laman Twitter kita.

PETIKAN: Oleh ADHAM SHADANadham.shadan@kosmo.com.my

0 comments: