BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

Rabu, 10 Februari 2010

KATA- KATA HIKMAT


  • Keyakinan pada kebenaran
Orang yang pasti beruntung adalah orang yang setiap
hari bertamabah kekuatan iman dan keyakiana terhadap
kebenaran.

  • Lautan hidup

Dunia ini umpama lautan yang luas,kita adalah kapal yang
berlayar di lautan yang telah banyak kapal karam di dalamnya,
andai muatan kita adalah imam dan layarnya adalah takwa,
nescaya kita akan selamat dari lautan ini.

  • Hidup dalam ketenangan

Hidup itu tidak seslu indah namun yang indah itu hidup itu hidup
dalam ketenangan.

  • Kejujuran

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur,kerana kejujuran itu
terlalu penting dalam kehidupan,tanpa kejujuran hidup
sentiasa dalam permainan orang.

  • Hati yang terluka

Hati yang terluka umpama hati bengkok walau diketuk
sukar kembali kepada bentuk asal.

  • kerendahan hati

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup ada kekayaan ilmu.

  • Ikhlas

Ikhlas menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan
dan keimanan,hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,
bila-bila masa ia akan pecah.

  • kegagalan dalam kemuliaan

kegagalan dalam kemulian lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan, memberi dengan sedikit ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak dengan diiringi riak.

  • Insan suci

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang yang berdosa tidak mempunyai masa depan.

  • Kata-kata

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras dari batu,
tetapi kata-kata kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

  • Agama dan manusia

Agama tidak mengecewakan manusia tetapi manusia yang mengecewakan
agama

  • Perempuan itu cantik
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, dan ahati mengatakancantik atas adasar akhlaknya.

  • keihlasan seumpama semut

Keikhlasan itu umpama semut di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam,
ianay wujud tetapi amat sukar dilihat.

  • Pengorbanan.

hidup memerlukan pengoranan,pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuanagan memerlukan ketabahan, ketaahan memerlukan keyakinan, keyakinan memerluakankejayaan, keyjayaan menentukan kebahgiaan.

sumber: petikan dalam internet..

0 comments: